:: SMK Bukit Merchu // - Previous | Home | Next | Close
 

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan izin serta limpah kurnia-Nya,maka dapatlah kita bersua dalam laman web Merchuan 2005 untuk tatapan kita semua.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew penerbitan laman web kerana bersungguh-sungguh dan bersusah payah serta bertungkus lumus menerbitkan laman web Merchuan 2005.
Sesungguhnya pada abad-21 ini,kita dapat kecapi segala kemudahan yang serba canggih dan memudahkan segala urusan kehidupan kita.ICT-Information Of Technology And Communication atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkembang sejajar dengan komputer yang bermaksud teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, memproses, menyimpan dan mencapai, menghantar dan menerima maklumat.
Negara-negara maju telah mengaplikasikan ICT dalam kehidupan seharian mereka.ICT dapat diaplikasikan dalam bidang ketenteraan,bidang politik, bidang sains,politik,bidang perubatan,bidang pendidikan dan bidang pengangkutan.Dalam bidang pendidikan ,peranan ICT dapat dilihat dari segi aspek pembelajaran dan pengajaran.ICT juga boleh dijadikan saluran interaksi secara terus antara guru dan pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih menarik
Kerajaan telah menggalakkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dengan mengambil langkah intensif seperti melaborkan berjuta-juta ringgit untuk pembinaan makmal komputer dan kemudahan internet di sekolah.Selain itu satu matapelajaran yang berkenaan dengan ICT turut diperkenalkan dalam sukatan pelajaran iaitu mata pelajaran Teknologi Maklumat.
Akhir kata daripada saya,marilah kita menyambut seruan kerajaan terutamanya warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu untuk mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan dalam aktiviti harian serta bersama-sama menyumbangkan kepada kemajuan negara.


'ICT Pemangkin Kemajuan Pendidikan Negara'


Pengetua
Sek Men Keb Bukit Merchu
http://smkbukitmerchu.tripod.com

<(=